Hidup ini umpama roda yang berputar yang terus berputar.Sekejap kita diatas,sekejap di bawah.Jadi,eloklah beringat-ingatselalu. Walaupun bergaji besar,berwajah cantik,berkedudukan tinggi dan sebagainya ada masanya semua itu akan hilang daripada kita.
Sebab,semua itu adalah nikmat pinjaman dari ALLAH.Ini yang mesti kita ingat-ingatkan selalu. Semuanya itu dipinjamkan sementara sahaja kepada kita.
Orang yang tidak ada rasa sebagai seorang hamba, bila ALLAH ambil semula hak-Nya yang dipinjamkan,sudah mula keluh kesah, kalut semacam dan hilang
pertimbangan.Hilang bahagia,sebab benda yang mendatangkan bahagia kepada kita selama ini dah hilang.
Sepatutnya bila ditimpa kesukaran dan penderitaan,cepat-cepat check diri, mana tau kita ni dah banyak sangat cuai dengan Tuhan, ALLAH datangkan ujian
sebagai penyebab untuk menyedarkan kita. Mungkin ada ibadah-ibadah wajib yang ALLAH perintahkan selama ini tidak kita laksanakan sungguh-sungguh. BILA RASA KEHAMBAAN KITA DENGAN ALLAH DAH MULA CINCAI-CINCAI,
SUDAH TENTULAH SANGAT SUSAH UNTUK MERASAKAN DIRI BANYAK BERSALAH DENGAN ALLAH DAN SESAMA MANUSIA. Mungkin kita tidak perasan yang kita sudah kuli-kulikan suami, menyinga dengan anak-anak, tak ada langsung perasaan kasih sayang dengan sahabat-sahabat. Jadi, memang patutlah ALLAH peringatkan kita.
Bila rasa diri bersalah, cepat-cepat minta ampun dan bertaubat sungguh-sungguh dengan ALLAH dan orang yang pernah kita zalimi dan sakiti hatinya. Jika ada kesalahan dengan sesama manusia, kita kena pegi jumpa
dia, beritahu kesalahan kita padanya dengan harapan meraka akan memaafkan. Kerana selagi urusan kita dengan sesama manusia tidak selesai, selama itulah doa kita kepada ALLAH akan terhijab. Apa yang dibuat serba tak kena, bila ditimpa musibah atau ujian boleh jadi sampai hilang akal.
Ingin saya mengingatkan diri saya yang alpa dan secara tidak langsung juga mengingatkan kawan-kawan semua,bersyukurlah dengan segala nikmat pemberian ALLAH. Segala nikmat itu adalah pinjaman sementara sahaja
untuk menguji samada kita bersyukur atau tidak dan samada kita menggunakan segala nikmat itu ke arah kebaikan atau tidak.
Hanya ALLAH sahaja tempat yang paling layak untuk kita mengadu, merayu dan merintih. Rasakanlah setiap ujian yang datang daripada-Nya sebagai peringatan untuk kita terus memperbaiki diri, merasakan diri tidak layak menerima anugerah nikmat dari-Nya Yang Sangat Baik itu. Hanya DIA sahajalah yang layak untuk diberi pujian. Hanya orang yang tunduk patuh kepada
ALLAH sahaja akan dimasukkan ketenangan dalam hatinya. Waktu itu tidak kira apa sahaja yang didatangkan ALLAH, hati tetap tenang dan bahagia menerimanya.
0 comments:
Post a Comment