Jalan Keningau ke Kimanis jaraknya hanya 53 km sahaja dan memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan untuk sampai ke Simpang Kimanis. Jalan raya ini dahulunya adalah untuk mengangkut kayu balak oleh syarikat-syarikat pembalakan.
Kini setelah dinaik taraf jalan raya Keningau - Kimanis merupakan jalan utama dari Daerah Keningau ke Bandar Kota Kinabalu. Boleh dikatakan jalan raya inilah digunakan oleh pengusaha teksi dan bas dari Pekan Keningau Ke Kota Kinabalu saban hari.
Percaya atau tidak terdapat satu bukit di km 11 dinamakan Bukit Ajaib oleh sesetengah pengguna jalan raya kerana keunikannya. Bukit ini kalau di pandang dengan mata kasar ia menurun tetapi apabila kereta kita letakkan dalam posisi gear free kereta itu sepatutnya meluncur menuruni bukit tetapi sebaliknya pula berlaku seolah-olah kereta tersebut di tarik sesuatu dan kereta itu mengundur menaiki bukit. Secara logik jika benda bulat di letakkan disitu benda tu akan bergolek ke bawah tetapi sebaliknya berlaku..Itulah antara keunikan bukit ajaib yang terdapat di jalan Keningau - Kimanis
1 comments:
drive time hujan @ berkabus paling bahaya.. jarak pandangan cuma beberap meter sahaja. Ada spotlight pun masih tak nampak jalan dihadapan..Cuma garisan putih jadi panduan time drive.
Post a Comment