You can replace this text by going to "Layout" and then "Edit HTML" section. A welcome message will look lovely here.
RSS

Sunday, May 22, 2011

BukIt aJaib ...kEnInGaU-KiMaNiS

Jalan Keningau ke Kimanis jaraknya hanya 53 km sahaja dan memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan untuk sampai ke Simpang Kimanis. Jalan raya ini dahulunya adalah untuk mengangkut kayu balak oleh syarikat-syarikat pembalakan.
Kini setelah dinaik taraf jalan raya Keningau - Kimanis merupakan jalan utama dari Daerah Keningau ke Bandar Kota Kinabalu. Boleh dikatakan jalan raya inilah digunakan oleh pengusaha teksi dan bas dari Pekan Keningau Ke Kota Kinabalu saban hari.
Percaya atau tidak terdapat satu bukit di km 11 dinamakan Bukit Ajaib oleh sesetengah pengguna jalan raya kerana keunikannya. Bukit ini kalau di pandang dengan mata kasar ia menurun tetapi apabila kereta kita letakkan dalam posisi gear free kereta itu sepatutnya meluncur menuruni bukit tetapi sebaliknya pula berlaku seolah-olah kereta tersebut di tarik sesuatu dan kereta itu mengundur menaiki bukit. Secara logik jika benda bulat di letakkan disitu benda tu akan bergolek ke bawah tetapi sebaliknya berlaku..Itulah antara keunikan bukit ajaib yang terdapat di jalan Keningau - Kimanis
Jalan ini lah dikata Bukit Ajaib ...kalau di pandang secara kasar ia menuruni bukit


Sah pada pandangan mata kasar bukit ni menurun

Jalan yang curam dan mencabar ..pemandu di nasihatkan agar sentiasa berhati-hati

Papan tanda mengingatkan pemandu supaya menggunakan gear rendah semasa menuruni bukit yang curam

sempadan antara dua daerah
Jarak dari Simpang Kimanis ke Daerah Keningau hanya 53 km....so kalau nak cuba datanglah dan rasailah sendiri keunikan bukit ajaib ni...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Unknown said...

drive time hujan @ berkabus paling bahaya.. jarak pandangan cuma beberap meter sahaja. Ada spotlight pun masih tak nampak jalan dihadapan..Cuma garisan putih jadi panduan time drive.

Post a Comment

Myspace Graphics
Myspace Graphics